new merge.....mechi
Thursday, August 18, 2011
Pedoman Saat Menghadapi Penderitaan/kedukaan
Insan yg beriman harus mempunyai pedoman ketika menderita kesakitan atau dalam kedukaan supaya hidupnya tidak hanyut dibawa harus dan hilang arah tujuan.Seseorang yg diuji dgn kesakitan kadang2 kehilangan sanak-saudara ,sahabat-andai dan rakan taulan kerana pada ketika itu mereka tidak mempunyai apa2 kepentingan lagi.Boleh jadi juga sesorang itu berasa tidak tenang ,berduka,gundah gulana dan lain-lain lagi kerana dosa-dosa yang telah dilakukan.Dan, beristighfar lah kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana dengan cara itu menunjukkan kerbergantungan dan penuh harapannya kita pada Allah s.w.t agar mengampunkan dosa-dosa kita dengan penuh penyesalan lantas jiwa kita menjadi tenang.Kerana ketidak-senangan dan gundah-gulanannya hati kita itu adalah “kifarah” atau pengampunan dosa oleh Allah s.w.t.Dan igtlah bahawa Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
“Apabila org tidak mengendahkan anda,atau mereka mencela anda,sehingga kesusahan terhadap anda,maka serahkan urusan anda kepada Ilmu Allah,jika ilmu tuhan belum cukup utk anda ,bererti musibah atau malapetaka anda disebabkan anda tidak merasa cukup dengan ilmu Allah itu lebih berat daripada musibah anda disebabkan ganguan daripada mereka”.(kata-kata hikmat oleh ibu Ata’ Allah al-Sakandari)
Pengertian:-
Manusia hendaklah memahami sunnatullah pada makhluk,iaitu kdg2 Allah menurunkan bala untuk melihat apakah kita berasa cukup dgn kurniaan Allah s.w.t atau masih bergantung pada makhluknya yg lain.
Apabila keadaaan itu berlaku ,kita hendaklah segera kembali kepada-Nya ,kerana sebenarnya Dia yang sedang memerhatikan kita yg dalam kesakitan.Apabila menyedari hakikat itu ,hati kita menjadi tenang dan tenteram,tanpa mempedulikan celaan atau pujiaan Makhluk,malah berasa bahagia dalam perhatian Allah s.w.t. Bahkan ,kadang2 kita lebih suka apabila manusia membelakangi dan tidak mempedulikan kita kerana perhatian kita sudah terarah semata-mata kerana Alllah s.w.t tanpa sebarang gangguan.
Jangan Melakukan sesuatu perkara kerana manusia.
2)Jika kita tidak berasa lega ditinggalkan dan masih mengharapkan pujian dan sanjungan orang,malah berduka dan gelisah apabila tidak dipuji,ini beerti kita mendapat musibah atau ditimpa bahaya. Oleh kerana iman kita pada hakikatnya lemah dan keyakinan kepada Allah telah mulai luntur, inilah bahaya dan malapetaka yg yg menimpa kita yg man ia lebih kuat dan dahsyat berbanding bahaya atau malapetaka yg lain.
Kesakitan adalah sebagai rahmat
Ujian2 seperti sakit dan hiduo suah adalah rahmat bagi golongan salih.Kita harus menganggapnya sebagai rahnat jika tergolong di dalam kelompok tersebut.Apabila menghadapi sesuatu ujian dan cubaan ,kita hendaklah melihat hubungan kita dengan Allah s.wt apakah ia masih baik atau tidak,atau adakah hubungan kita dgn Allah s.w.t masih erat atau longgar.Apabila hubungan kita dengan Allah SWT tetap baik dan erat ,semua ujian yang kita hadapi tidak lagi menjadi persoalan kerana walau apa pun berlaku ,kita tetap dalam pemerhatian Allah s.w.t ,akn diselamatkan dan dipelihara oleh-Nya.
Sumber ;
“Islam Dalam Sabda Manusia dan Kemanusian” Abdul Hayei Sukor …………………………..m/s 38,39.
Thursday, January 13, 2011
Genap 2 minggu Di Tapah
Tuesday, August 24, 2010
AWAS!Minuman ringan beralkohol?kanak-kanak pembeli utama

Kebanjiran minuman alkohol sebenarnya sudah menjadi lumrah sejak dahulu lagi.Pelbagai cara dikenakan untuk membendung orang ramai dari meminum minuman keras tersebut,contohnya seperti mengenakan cukai yang tinggi dan melarang kanak2 dan umat islam dari membelinya(mengikut undang2 begitulah tetapi masih lagi ada kelibat2 orang islam yang meminumnnya).Mengikut logik jika kita lihat dari segi "long run" ataupun jangkamasa panjang,sudah tentu menyekat daripada lahirnya peminum arak generasi baharu.Menyedari hakikat tersebut maka terfikirlah sesetengah pihak tertentu untuk mengorak langkah yang berkesan supaya peminum arak tidak pupus begitu sahaja,maka lahirnya minuman ringan yang mengandungi alkohol dan target market mereka adalah kanak2.Jangan terkejut jika saya katakan bahawa minuman ringan tersebut mengandungi hingga 5% alkohol.(berhati-hatilah jika meminum minuman ringan).
Mengikut kajian CAP(PERSATUAN PENGGUNA PULAU PINANG) terdapat lebih daripada 15 jenis minuman ringan beralkohol berada di pasaran.Minuman ringan beralkohol ini yang boleh didapati di dalam botol 275 ml dijual dengan harga RM4 hingga RM10.Botol berisi jus berwarna yang menarik dengan nama tropical fruit, ice lemon tea, jus oren, lemon original tanke, lemon and lime flavour, orange-lemon flavour dan sebagainya.Dan untuk menjadikan kanak-kanak sebagai target market , minuman ini juga mempunyai warna-warna yang menarik seperti MERAH JAMBU dan yang saya risaukan ia boleh menyebabkan ketagihan kepada kanak-kanak .Boleh jadi ini merupakan salah satu strategi "pihak" tertentu untuk meningkatkan jualan .Tetapi kita mesti ingat ,kanak-kanak atau anak-anak kecil kita pada hari ini mungkin ketagihan 5% alkohol dan jika umurnya meningkat dewasa adakah peratusan itu akan merosot ke 2% atau 0%?(fikir-fikirkanlah).Salah satu contoh nama minuman ringan itu adalah Alcopops.
Baru-baru ini,seorang cikgu di Pulau Pinang kehairanan kerana murid-murid terlalu kerap membeli minuman tersebut meskipun harganya mahal.Setelah meneliti label pada minuman tersebut beliau terkejut kerana ia mangandungi alkohol ,dan hal itu terus dilaporkan kepada CAP.
Dapat disimpulkan disini,inilah strategi "syarikat" alkohol yang bersembunyi di bawah syarikat minuman ringan untuk mengaburi orang ramai lantas untuk menggapai hasrat mereka melahirkan peminum arak generasi baru.CAP menyarankan supaya segala minuman yang mengandungi alkohol walaupun sedikit,hendaklah diletakkan di kaunter minuman keras.Untuk ibu bapa,saya sarankan supaya diteliti bukan minuman sahaja tetapi makanan yang diambil oleh anak-anak agar ianya tidak bercanggah dengan prinsip halalan toiyibba dan juga untuk memastikan generasi muda-mudi dinegara ini yang berakhlak dan bermoral.Menurut Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada 2005, 32 pelajar terlibat dalam gangsterisme.Bilangan ini telah meningkat kepada 60 orang pada tahun lalu. Pada 2008 sahaja 81 pelajar dikesan hubungan mereka dengan aktiviti gangster.Jelas menunjukkan bahawa ada kemungkinan aktiviti gengsterisme ini adalah kesan dari pengambilan alkohol.Selain itu,adalah dicadangkan supaya minuman ringan walaupun mengandungi sedikit sahaja alkohol tidak boleh diwartakan sebagai minuman ringan.
Sekian Thaqifikir.
Sumber - http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=28325:minuman-beralkohol-kanak-kanak-minum-bir-&catid=1:utama&Itemid=50
Sunday, August 8, 2010
Broga Hill,Semenyih.....Trip Awal PAgi
Broga Hill ,Semenyih.
Awal2 pagi lagi kami berlima (john,aki,deg,nafiz,saye) dah kelam kabut bersiap nak daki bukit broga,padahal waktu tu baru jer pukul 5.30 pagi(bukan tido pun malam tuh,hehe),yelah kejar waktu nak tgk panorama indah "sunrise" kat puncak broga kalau lambat mmg tak sempatlah.Tepat pukul 6 pagi kami bertolak dari rumah deg dgn jeep "jimny" ,rase mcm pegawai perhutanan pun ader gak.hehe,jarak rumah deaq dgn Bukit Broga tak lah jauh sgt cuma dalam 800 meter saje. .Sampai jer kat kaki bukit Broga,Masyaallah punyalah ramai orang(parking pun hampir penuh)...huhu,..tapi nasib baik dapat gak parking.
Lepas tu,kami pun terus memulakan pendakian...Trek permulaanya dikelilingi oleh pokok2 kelapa sawit,dan agak landai.Kemudian masuklah fasa kedua yg treknya agak sukar sedikit kerana berbengkak bengkok dan licin dan semakin curam sedikit.Selepas 20 minit mendaki,kami sudah mulai nampak puncak bukit beroga dan untuk ke puncak itu treknya sgt sukar kerana amat licin dan curam.Oleh kerana kami bersemangat sgt nak tgk Sunrise n pemandangan indah kat atas sana,kami tetap teruskan perjalanan.Selepas 15 minit kami berusaha mendaki curam itu akhirnya sampai jugak.Wah,ramainya betul orang kat atas nie..mcm pasar pun ader gak.Tapi tak perlah,nice view mcam dalam filem hindustan n udara pun fresh gler!pergh!...tak pernah aku rase sesegar nie..huhu..lepas tuh aper lagi,sume pun berposing utk amik gambar(utk aper ek??hehe) while tggu nak sunrise..
Dalam pukul 7.oo ++ a.m ,langit pun mulai cerah sedikit kami pun readylah nak amik gambar matahari terbit ,tetapi perkare menyedihkan berlaku huhu...matahari tak clear sgt pasal terlindung dgn awan..ermm..tak perlah lain kali kami naik ,cari port yg baik sikit...
kami pun duk melepak kat puncak bukit tuh sambil menghayati panorama indah bersama2 sampailah pukul 9 pg n then terus chow...Kepada sesiapa nak merelakskan minda yg kusut tu,sye suggest pergilah tempat nie..overall treknya tak lah susah sgt..n dekat pulak ngan KL or tempat2 sewaktu dengannya.
Salam Thaqifikir.
Friday, August 6, 2010
Perkahwinan bawah umur ?apakah rasionalnya?
Mengendalikan masalah moral remaja secara rasional
KERUNTUHAN moral di kalangan remaja Islam di negara ini kian meningkat. Faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya kepincangan akhlak muda mudi perlu dikaji dan dibanteras.
LINKARAN SOSIAL(SOSIAL NETWORKING)DAN TEKNOLOGI(THANDPHONE)
Penularan video dan gambar-gambar lucah dan menghairahkan semakin hari kian meningkat. Kanak-kanak dan remaja di negara ini berada dalam era globalisasi yang mendedahkan mereka kepada unsur-unsur yang boleh menggerakkan hawa nafsu. Internet dan telefon bimbit yang canggih memudahkan remaja dan kanak-kanak memperoleh dan menonton aksi-aksi lucah yang boleh mempengaruhi pemikiran dan jiwa mereka.
Kajian yang dibuat oleh penulis terhadap remaja yang melibatkan diri dalam perlumbaan motor haram di kawasan yang jauh dari bandar raya di negeri Kedah beberapa tahun lalu mendapati telefon bimbit merupakan alat yang paling berkesan untuk menyebarkan aksi-aksi lucah. Ramai remaja menjelaskan bahawa adegan seks yang dihantar melalui telefon bimbit oleh rakan-rakan mendorong mereka melakukan hubungan seks secara haram bersama pasangan mereka.
Pengawalan hawa nafsu remaja dalam era globalisasi amat sukar jika sistem kehidupan umat Islam lebih menjurus kepada material daripada spiritual. Justeru, perkahwinan di kalangan remaja di bawah umur (18 tahun) bukan merupakan satu cara yang paling berkesan untuk membanteras gejala moral. Mungkin perkahwinan begini praktikal bagi masyarakat yang masih terikat dengan kehidupan kekeluargaan yang kukuh di mana ibu bapa dan ahli-ahli keluarga amat prihatin terhadap kaum kerabat mereka seperti yang diamalkan oleh masyarakat di negara Arab dan Asia Selatan yang terikat dengan sistem patriarchal yang ketat.
(patriarchal ;-characteristic of a form of social organization in which the male is the family head and title is traced through the male line,relating to or characteristic of a man who is older or higher in rank)
RESOURCE :wordnetweb.princeton.edu/perl/webwn)
PERKAHWINAN
Perkahwinan begini mungkin juga praktikal bagi ibu bapa yang kaya dan menginginkan jumlah ahli keluarga yang ramai. Konteks kehidupan masyarakat masa kini kemungkinan sukar bagi remaja bawah umur 18 tahun berkahwin walaupun Islam menggariskan bahawa usia sembilan tahun merupakan umur baligh bagi gadis dan 15 tahun untuk remaja lelaki. Ini disebabkan corak kehidupan masyarakat Islam Melayu masa kini amat berbeza jika dibandingkan dengan masyarakat sebelumnya.
Pada zaman dahulu corak kehidupan bangsa Melayu adalah berkelompok di mana kesemua ahli keluarga tinggal dan bekerja di tempat yang sama dan hubungan ahli kekeluargaan adalah terlalu akrab.
Ketika itu, perkahwinan remaja di bawah umur 18 tahun tidak memberi kesan negatif dalam kehidupan mereka kerana selepas berkahwin, mereka tinggal bersama ibu bapa atau di tempat yang berhampiran dengan ahli keluarga. Oleh itu, sebarang kesulitan dan kesukaran hidup dibantu oleh ibu bapa dan ahli keluarga.
Corak kehidupan umat Islam dalam negara masa kini telah berubah. Hubungan kekeluargaan semakin renggang. Tambahan pula kos hidup semakin tinggi yang akan menyebabkan saudara mara tidak mampu menanggung kos kehidupan ahli keluarga yang berkahwin di bawah umur 18 tahun. Syarat perkahwinan di dalam Islam perlu difahami supaya sistem perkahwinan di dalam Islam menepati kehendak Allah dan Rasul. Remaja dalam lingkungan bawah umur masa kini tidak boleh disamakan dengan remaja sebelum zaman ini.
Pada zaman dahulu, remaja dalam lingkungan umur belasan tahun mampu mencari nafkah hidup dengan membanting tulang untuk ahli-ahli keluarga kerana mereka dilatih bekerja sejak kecil oleh ibu bapa. Corak kehidupan masyarakat yang berasaskan konsep kerjasama dan gotong royong memungkinkan remaja yang berkahwin dalam umur belasan tahun mampu mengendalikan tanggungjawab rumah tangga sebagai suami dan isteri yang bahagia.
Kebanyakan remaja Islam masa kini kurang didedahkan kepada corak kehidupan berasaskan kepada konsep tanggungjawab terhadap keluarga. Oleh itu, mereka kurang matang dalam hal ehwal mengendalikan diri dan ahli keluarga. Tambahan pula ibu bapa kurang tegas dalam soal mendidik anak-anak sehingga membiarkan mereka berkeliaran sehingga larut malam. Ini adalah faktor utama yang menyebabkan remaja mudah terlibat dalam kegiatan tidak bermoral.
Pemikiran dan jiwa kanak-kanak masa kini diterap dengan pelbagai aspek yang boleh menyebabkan mereka mudah terdorong dengan gejala hawa nafsu. Bagi umat Islam, gejala begini merupakan satu perkara yang paling membimbangkan masyarakat kerana ia berkaitan dengan dosa besar.
Kelincahan dan kelicikan remaja Islam masa kini sukar untuk diatasi oleh ibu bapa dan ahli keluarga walaupun pelbagai cara asuhan dan didikan dilaksanakan. Perkara begini berlaku disebabkan suasana atau persekitaran sekeliling lebih mempengaruhi jiwa dan pemikiran remaja. Suasana begini memerlukan kepada kerjasama masyarakat mencegah gejala-gejala yang boleh menodai remaja.
Jika kes perlakuan seks di bawah umur semakin menular dalam masyarakat Islam dan pembuangan bayi menjadi fenomena dalam negara, maka masyarakat Islam perlu bekerjasama dengan kerajaan menghapuskan setiap anasir yang boleh merosakkan minda kanak-kanak seperti kegiatan menjual video lucah dan sebagainya.
Perkahwinan di bawah umur bukan merupakan satu perkara mudah bagi pasangan yang masih mentah yang sentiasa berlandaskan kepada perasaan dan hawa nafsu. Dalam konteks masa kini, perkahwinan remaja di bawah umur bukan sahaja membebankan ibu bapa, malah ia juga boleh menyebabkan kanak-kanak perempuan menjadi mangsa apabila kehidupan selepas perkahwinan tidak dipantau atau mendapat bantuan daripada ibu bapa dan ahli keluarga.
Ibu bapa, guru dan masyarakat perlu memainkan peranan penting membuka minda remaja supaya menumpukan perhatian kepada pelajaran dan perkara-perkara yang boleh mempertingkatkan kehidupan mereka . Kematangan merupakan asas utama bagi kebahagiaan rumah tangga. Remaja di bawah umur sering terdorong mengikut perasaan yang indah dan nafsu yang bergelora . Oleh itu, latihan kerohanian seperti menggalakkan mereka menceburkan diri dalam kegiatan keagamaan dan kemasyarakatan boleh membina minda yang sihat sekali gus membantu remaja menjadi matang dalam kehidupan.
Penulis ialah Pensyarah Jabatan Usuluddin & Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
SUMBER (http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0806&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm)
Monday, April 26, 2010
RON 95 mudah meletup???

RON 95 Mudah Meletup Bila Kemalangan ?
Akhir-akhir ini banyak betul berita kereta terbakar apabila berlaku kemalangan. Kadang-kadang kemalangan yang kecil dan kereta yang baru dan tidak diubahsuai pun terbakar.
Adakah petrol RON 95 yang mula diperkenalkan di Malaysia pada Mei 2009 adalah salah satu punca kenapa kereta mudah terbakar bila kemalangan ?
Diharapkan ada kajian menyeluruh dilakukan terhadap fenomena yang berlaku ini.
Assalamualaikum,
Minyak kenderan yang kita gunakan seharian diklasifikasikan sebagai RON (Reaserch Octane Number) yang mempunyai urutan nombor RON 84, 87, 91, 92, 95, 97 dan banyak lagi. Minyak kenderaan ini dihasilkan daripada campuran iso-octane, toluene dan benzene (benzena).
Pernomboran RON menunjukkan semakin tinggi nilai RON semakin banyak jumlah iso-octane yang terdapat di dalam minyak RON berkenaan. Ini bermakna, RON 97 lebih baik daripada RON 95 kerana RON 97 mempunyai kandungan octane lebih banyak daripada RON 95.
RON 95
Saya akui, saya tidak mengetahui secara lengkap formula minyak RON 95 Malaysia. Namun, sebagai ahli Kimia, saya boleh la membuat sedikit hipotesis mengenai kandungan RON 95 Malaysia.
RON 95 Malaysia pada amatan saya berbeza dengan RON 95 yang digunakan di negara Australia dan Eropah. Sebagai seorang ahli kimia, saya sangat biasa dengan bahan-bahan kimia. Pada amatan saya (maaf jika saya silap) RON 95 di Malaysia mengandungi kandungan benzena yang banyak.
Ini kerana semasa saya mengisi minyak RON 95, bau minyak tersebut lebih banyak berbau benzena. (saya biasa dengan bau benzena).... Jadi saya menjangkakan bahawa kandungan RON 95 Malaysia mempunyai benzena yang tinggi.
Benzena mudah terbakar
Benzena adalah sebatian kimia organik dengan formula molekul C6H6. Benzena tergolong dalam kumpulan hidrokarbon aromatik, tidak berwarna dan sangat mudah terbakar. Kadar flash point benzena ialah -11 darjah celcius.
Sedangkan unsur lain dalam minyak RON 95 iaitu octane, walaupun mudah terbakar namun tidaklah semudah benzena iaitu kadar flash point octane adalah 4.5 darjah celcius, manakala flash point toluene adalah 4 darjah celcius.
Ini bermakna, RON 97 kurang mudah terbakar daripada RON 95 kerana kadar benzena RON 97 adalah lebih rendah daripada RON 95 sebab mempunyai kandungan octane yang tinggi. Sedangkan RON 95, sangat mudah terbakar kerana mempunyai kandungan benzena yang tinggi.
Itulah hipotesis yang dapat saya lakukan...(jika tersilap saya mohon maaf kerana saya juga manusia biasa yang tidak lari daripada kesilapan)
Sekadar berkongsi... Wallahualam
Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.
Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.
http://www.utusan. com.my/utusan/ info.asp? y=2010&dt=0417&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg= bt_39.htm&arc=hive
MPV terbabas, terbakar: Achik Spin maut nahas ngeri
Oleh Ainol Amriz Ismai dan Farabi Sheikh Said Al Jabri
SEREMBAN 17 April – Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.
Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.
Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.
Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut. – Utusan
http://www.utusan. com.my/utusan/ info.asp? y=2010&dt=0418&pub=utusan_malaysia&sec=Jenayah&pg= je_07.htm&arc=hive
Wanita hamil nyaris maut kereta terbakar
KUANTAN 15 Dis. - Seorang wanita hamil nyaris maut apabila kereta yang sedang diisi minyak oleh suaminya disambar api di sebuah stesen di Bandar Indera Mahkota di sini hari ini.
Dalam kejadian pukul 9 pagi itu, Noraini A. Malik, 26, yang mengandung empat bulan, melecur di tangan kiri, kaki kiri dan terbakar sebahagian rambutnya apabila api secara tiba-tiba menyambar kereta Perodua Myvi yang dinaikinya di stesen tersebut.
Ketika kejadian, mangsa berada di tempat duduk hadapan sebelah pemandu ketika suaminya sedang mengisi minyak. - Utusan
http://www.utusan. com.my/utusan/ info.asp? y=2010&dt=0322&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Neger i&pg=dn_10.htm&arc=hive
SEREMBAN 21 Mac - Seorang lelaki rentung selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum terbakar di Kilometer 279.9 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan di sini malam ini.
Jurucakap polis memberitahu, kejadian berlaku kira-kira pukul 7.23 malam ini sewaktu lelaki tersebut yang sedang menuju ke arah selatan dikatakan hilang kawalan sebelum merempuh penghadang jalan di bahagian kiri.
"Kenderaan jenis Toyota Harrier itu kemudiannya terbalik beberapa kali sebelum terjatuh dan terbakar di dalam gaung berdekatan.
"Keadaan itu mengakibatkan mangsa terperangkap dalam kereta dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika ditemui di sini malam ini.
Dua jentera bomba bersama 10 anggota dari Mantin dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai
Mereka mengambil masa 20 minit untuk mengeluarkan mayat mangsa yang rentung dari dalam kenderaan berkenaan.
Sementara itu, Pegawai Turus Trafik Negeri, Asisten Supritendan Abd. Halil Hamzah yang mengesahkan kejadian itu menjelaskan, punca insiden berkenaan masih lagi disiasat.
Abd. Halil berkata, sehingga kini maklumat mengenai identiti mangsa yang dipercayai keturunan Cina tersebut masih belum diperolehi.
Tambahnya, mayat mangsa yang hangus terbakar itu dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar untuk bedah siasat.
"Kita meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya dapat menyalurkannya bagi membolehkan siasatan lanjut," kata beliau.
http://www.panducer mat.org.my/ Tiga-nyaris- maut-kereta- terbakar- dalam-kemalangan .html
BUTTERWORTH 10 Jan. - Tiga nyaris maut apabila terperangkap dalam kereta yang terbakar selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Jalan Permatang Pauh dekat Ampang Jajar di sini semalam.
Kemalangan kira-kira pukul 5 petang itu melibatkan sebuah kereta Proton Wira dan van pekerja yang bertembung berhampiran persimpangan susur keluar Lebuh Raya Utara Selatan.
Pemandu van tersebut, N. Mathavan, 33, berkata, dia panik apabila orang ramai menjerit-jerit memintanya keluar dari kenderaan selepas melihat api mula keluar dari bawah van yang dipandunya.
Menurutnya, ketika kejadian, dia sedang bertugas menghantar seorang pekerja sebuah kilang berhampiran yang tinggal di Perai dekat sini.
''Ketika kejadian, saya lihat kereta (Proton Wira) juga terbakar. Saya menjadi lebih panik melihat pekerja yang saya hantar tidak memberi reaksi bila dipanggil.
''Saya cuba angkat kaki tapi terasa sangat kebas dan hanya mampu mengerang kesakitan. Mujur ada (orang awam) yang tampil membawa kami keluar,'' katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Mathavan berkata, dia tidak dapat mengelak kereta Proton Wira yang datang dari arah bertentangan memandangkan laluan tersebut agak sibuk ketika kejadian.
Sementara itu, jurucakap bomba memberitahu, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 5.15 dan sebuah jentera bersama tujuh anggota dikejarkan ke tempat kejadian.
''Ketika tiba di tempat kejadian, semua mangsa termasuk penumpang van yang pengsan sudah dikeluarkan dari kenderaan masing-masing dan dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan,'' katanya.
http://mstar. com.my/berita/ jenayah/cerita. asp?file= /2010/2/7/ mstar_jenayah/ 20100207180722&sec=mstar_jenayah
Jabatan Kimia siasat punca kereta peronda terbakar
KUALA LUMPUR 21 Mei – Kereta peronda Proton Waja yang terbakar dalam satu kemalangan selepas bergesel dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) malam kelmarin telah dihantar ke Jabatan Kimia.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Shafien Mamat berkata, siasatan oleh Jabatan Kimia membolehkan polis mengetahui secara terperinci punca kebakaran kenderaan itu.
‘‘Sehingga kini, polis belum dapat mengenalpasti bagaimana kereta peronda itu terbakar,’’ katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Pada masa yang sama katanya, polis sedang mengesan pemandu kenderaan jenis Rexton yang terlibat dalam kemalangan itu.
‘‘Diharap pemandu kereta tersebut tampil membuat laporan polis secepat mungkin,” katanya.
Sehubungan itu, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta menghubungi mana-mana balai poli berhampiran bagi membantu siasatan.
Dalam kejadian kira-kira 11 malam Sabtu lepas, kereta peronda itu sedang dalam perjalanan membawa dua suspek yang didakwa mencuri di Pasaraya Carrefour menuju ke Balai Polis Sri Petaling.
Bagaimanapun, kereta peronda itu telah terbabit dalam kemalangan dan terbabas sebelum terbakar setibanya di susur keluar ke Taman OUG, Lebuh Raya Kesas.
Pihak bomba dan penyelamat yang tiba di tempat kejadian mengambil masa 15 minit untuk memadamkan kebakaran.
http://www.utusan. com.my/utusan/ info.asp? y=2010&dt=0226&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg= bt_20.htm&arc=hive

Friday, March 26, 2010
IS THIS YAMAHA 135 LC..NO!!IT'S NOT...BUT WHAT??

There’s also a very small ’signature’ that seems to say ‘Rimba Paintshop Design’ or something like that so that could be where he did the design. Looks pretty cool I must say, but it would be even better if he had a matching helmet and perhaps a Lotus Racing jacket.