Technology is around Us.

Technology is around Us.

Thursday, August 18, 2011

Pedoman Saat Menghadapi Penderitaan/kedukaan



Insan yg beriman harus mempunyai pedoman ketika menderita kesakitan atau dalam kedukaan supaya hidupnya tidak hanyut dibawa harus dan hilang arah tujuan.Seseorang yg diuji dgn kesakitan kadang2 kehilangan sanak-saudara ,sahabat-andai dan rakan taulan kerana pada ketika itu mereka tidak mempunyai apa2 kepentingan lagi.Boleh jadi juga sesorang itu berasa tidak tenang ,berduka,gundah gulana dan lain-lain lagi kerana dosa-dosa yang telah dilakukan.Dan, beristighfar lah kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana dengan cara itu menunjukkan kerbergantungan dan penuh harapannya kita pada Allah s.w.t agar mengampunkan dosa-dosa kita dengan penuh penyesalan lantas jiwa kita menjadi tenang.Kerana ketidak-senangan dan gundah-gulanannya hati kita itu adalah “kifarah” atau pengampunan dosa oleh Allah s.w.t.Dan igtlah bahawa Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

“Apabila org tidak mengendahkan anda,atau mereka mencela anda,sehingga kesusahan terhadap anda,maka serahkan urusan anda kepada Ilmu Allah,jika ilmu tuhan belum cukup utk anda ,bererti musibah atau malapetaka anda disebabkan anda tidak merasa cukup dengan ilmu Allah itu lebih berat daripada musibah anda disebabkan ganguan daripada mereka”.(kata-kata hikmat oleh ibu Ata’ Allah al-Sakandari)
Pengertian:-
Manusia hendaklah memahami sunnatullah pada makhluk,iaitu kdg2 Allah menurunkan bala untuk melihat apakah kita berasa cukup dgn kurniaan Allah s.w.t atau masih bergantung pada makhluknya yg lain.
Apabila keadaaan itu berlaku ,kita hendaklah segera kembali kepada-Nya ,kerana sebenarnya Dia yang sedang memerhatikan kita yg dalam kesakitan.Apabila menyedari hakikat itu ,hati kita menjadi tenang dan tenteram,tanpa mempedulikan celaan atau pujiaan Makhluk,malah berasa bahagia dalam perhatian Allah s.w.t. Bahkan ,kadang2 kita lebih suka apabila manusia membelakangi dan tidak mempedulikan kita kerana perhatian kita sudah terarah semata-mata kerana Alllah s.w.t tanpa sebarang gangguan.
Jangan Melakukan sesuatu perkara kerana manusia.
2)Jika kita tidak berasa lega ditinggalkan dan masih mengharapkan pujian dan sanjungan orang,malah berduka dan gelisah apabila tidak dipuji,ini beerti kita mendapat musibah atau ditimpa bahaya. Oleh kerana iman kita pada hakikatnya lemah dan keyakinan kepada Allah telah mulai luntur, inilah bahaya dan malapetaka yg yg menimpa kita yg man ia lebih kuat dan dahsyat berbanding bahaya atau malapetaka yg lain.

Kesakitan adalah sebagai rahmat
Ujian2 seperti sakit dan hiduo suah adalah rahmat bagi golongan salih.Kita harus menganggapnya sebagai rahnat jika tergolong di dalam kelompok tersebut.Apabila menghadapi sesuatu ujian dan cubaan ,kita hendaklah melihat hubungan kita dengan Allah s.wt apakah ia masih baik atau tidak,atau adakah hubungan kita dgn Allah s.w.t masih erat atau longgar.Apabila hubungan kita dengan Allah SWT tetap baik dan erat ,semua ujian yang kita hadapi tidak lagi menjadi persoalan kerana walau apa pun berlaku ,kita tetap dalam pemerhatian Allah s.w.t ,akn diselamatkan dan dipelihara oleh-Nya.

Sumber ;
“Islam Dalam Sabda Manusia dan Kemanusian” Abdul Hayei Sukor …………………………..m/s 38,39.

0 comments:

Post a Comment